Tuesday 20 November 2012

APAKAH PERSONALITI ANDA??



                                               




Personaliti Jenis A – Orang dalam kategori ini sangat bebas dan boleh bergerak dengan sendiri untuk bekerja. Biasanya mereka ini adalah pemimpin dalam organisasi atau perniagaan. Selain itu mereka lebih suka berterus-terang, berani, suka bersaing dan tidak melakukan sesuatu tanpa mengetahui hasil yang akan diperolehi. Mereka ini juga mempunyai semangat keusahawanan (mengambil risiko) yang tinggi. Mereka sering cuba mendapatkan penyelesaian praktikal kepada permasalahan.
Personaliti Jenis B – Mewakili mereka yang suka menonjol dan menjadi perhatian orang lain. Mereka lebih berkarisma dan ramai orang suka berada dengan mereka. Mereka ini biasanya berada dalam bidang pemasaran dan promosi. Mereka mudah menghiburkan orang lain dengan tingkah laku dan perbualan mereka yang menyebabkan kita memberi perhatian. Hampir semua artis tergolong dalam golongan ini. Namun mereka juga mudah tersinggung jika mereka tidak dapat menarik perhatian orang.
Personaliti Jenis C – Mereka yang dalam golongan ini adalah bertentangan sepenuhnya dengan personaliti Jenis B. Mereka ini lebih pemalu. Mereka lebih berminat untuk berkerja kerja-kerja yang terperinci dan memerlukan penelitian. Kebanyakkan mereka ini bekerja sebagai akauntan, programmers atau jurutera. Mereka sering menghadapi masalah berkomunikasi dengan orang lain, namun mereka mahir bekerja dengan mesin dan robot.
Personaliti Jenis D – Personaliti terakhir ini mewakili mereka yang tidak suka pada sebarang perubahan. Mereka ini banyak berdiam dari berkata-kata. Mereka tidak sukakan risiko, tanggungjawab dan cabaran. Mereka lebih suka diarahkan oleh orang lain untuk bekerja. Mereka hampir tidak akan mengambil sebarang risiko. Mereka ini biasanya bekerja sebagai kerani atau buruh am.
Namun adalah tidak pelik jika anda pernah berjumpa yang selain dari ini. Ya, memang ada. Ada yang berkongsi jenis personaliti. Samada A-B atau C-D.
Namun pengkategorian ini membuktikan kepada kita kenapa sesetengah orang boleh bekerja bersama dan sesetengah yang lain pula tidak sesari.
Contohnya, cuba bayangkan dua orang kawan yang baru kenal sesama sendiri. Satu daripadanya adalah jenis personaliti A dan seorang lain personaliti D. Sudah tentu mereka akan menghadapi masalah untuk melakukan apa-apa aktiviti. Ini disebabkan seorang antara mereka berani mengambil risiko manakala seorang lagi lebih selesa untuk duduk diam.
Terdapat juga masalah antara personaliti B dan C. Ini adalah kerana salah seorang daripada mereka sukakan perhatian umum manakala seorang lagi adalah orang yang pemalu.

Biasanya personaliti Jenis A lebih mudah berdampingan dengan personaliti jenis B . Manakala personaliti C lebih mudah berdampingan dengan personaliti D.

No comments:

Post a Comment